Training : Intermediate ePub conversion for Verbatim ebooks anjuran MABOPA
Aturcara:
10:00 AM
Pendaftaran
Sarapan (disediakan oleh MABOPA)
10:30 AM
Module 1: What is eBook / Understanding eBook
Module 2: Designing eBook
Module 3: Converting InDesign to eBook
Module 4: eBook links
Module 5: eBook file clean-up
1:00 PM
Rehat dan Solat (Lunch TIDAK disediakan oleh MABOPA)
2:00 PM
Praktikal
3:30 PM
Tea Break (disediakan oleh MABOPA)
3:45 PM
Praktikal
4:30 PM
Selesai
Nota : Setiap peserta perlu membawa Laptop dan Adobe Indesign CS4 (minimum).
Majlis Perjumpaan Ketua Setiusaha, KDN bersama pencetak, penerbit dan pengimport teks/bahan al-quran
Tujuan:
- Isu-isu berkaitan pengawalselian teks/bahan al-Quran yang dilaksanakan oleh KDN melalui Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986.
- Menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara Kementerian dengan pihak pencetak, penerbit dan pengimport teks al-Quran.
Aturcara:
7.00 pagi – 7.30 pagi :
Pendaftaran Para Jemputan
Minum pagi
7.30 pagi :
Para jemputan mengambil tempat
7.35 pagi :
Ketibaan Y. Bhg. KSU dan Pengurusan Tertinggi KDN
Majlis bermula
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Y. Bhg. KSU
Sesi Dialog dan Perbincangan
Bersurai
MABOPA Mesyuarat Ke-2 Tentang Isu Penggunaan Hologram Dalam Penerbitan Al-Quran
MABOPA menjemput semua penerbit yang terlibat dalam penerbitan Al-Quran untuk hadir dalam mesyuarat esok untuk;
a) mendengar dan membincangkan perkembangan terkini, dan
b) langkah-langkah yang kita akan ambil seterusnya dalam perkara ini.
Mesyuarat Pembekalan Buku Teks Untuk Kegunaan 2012 ke Seluruh Malaysia
Mesyuarat ini bertujuan untuk mengemukakan satu surat rayuan secara kolektif kepada Bahagian Buku Teks untuk memberi satu tarikh yang lebih menasabah dalam melengkapkan penghantaran buku teks kegunaan 2012 ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
Mesyuarat MABOPA Berkenaan Teks Al-Quran
Mesyuarat ini diadakan untuk menetapkan pendirian persatuan dalam isu hologram yang akan diguna pakai untuk mengawal ketulenan teks al-Quran. Oleh itu, Persatuan perlu mengutarakan kelemahan ataupun kelebihan penggunaan hologram ini dari perspektif industri kepada Pengarah, Bahagian Kawalan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri.
MABOPA Extraordinary General Meeting
DENGAN INI ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) akan diadakan dengan tujuan untuk membincangkan, menimbangkan dan jika dipersetujui oleh ahli, bagi meluluskan beberapa usul untuk meminda perlembagaan MABOPA bertarikh 4 November 2010, seperti mana yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Eksekutif MABOPA.
Agenda :
1. Ucapan alu-aluan dari Presiden.
2. Membincang dan menimbang usul.
3. Menerima usul.
4. Hal-hal lain.
Terima kasih.
ARIEF HAKIM SANI BIN RAHMAT.
Setiausaha kehormat.
MABOPA.