DENGAN INI ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) akan diadakan dengan tujuan untuk membincangkan, menimbangkan dan jika dipersetujui oleh ahli, bagi meluluskan beberapa usul untuk meminda perlembagaan MABOPA bertarikh 4 November 2010, seperti mana yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Eksekutif MABOPA.
Agenda :
1. Ucapan alu-aluan dari Presiden.
2. Membincang dan menimbang usul.
3. Menerima usul.
4. Hal-hal lain.
Terima kasih.
ARIEF HAKIM SANI BIN RAHMAT.
Setiausaha kehormat.
MABOPA.