Event categories: Pameran Buku (Luar Negara)
Guadalajara International Book Fair 2008
Oslo Book Fair, Lillestrom 2008
Istanbul Book Fair 2008
Frankfurt Book Fair 2008
Göteborg International Book Fair 2008
Moscow International Book Fair 2008
Beijing International Book Fair 2008
Tokyo International Book Fair 2008
Cape Town Book Fair 2008
Pesta Buku Perlis 2007
- Penganjur Pesta Buku Perlis 2007 ialah Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perlis
- Pesta Buku Perlis 2007 akan diadakan di Dewan SJKC Khoon Aik, Kangar, Perlis bermula dari 08 Julai hingga 15 Julai 2007
- Tapak ( booth ) untuk pameran akan disediakan kepada semua syarikat yang berminat. Tapak ( booth ) tersebut berukuran 3m x 3m dan dilengkapi dengan lampu asas dan 2 rak buku. Setiap tapak ( booth ) akan disediakan dengan sebuah meja dan sebuah kerusi. Perubahan pada struktur tapak asas dan rekaan hanya boleh dibuat dengan kebenaran pihak penganjur sahaja. Tiada sebarang tambahan peralatan disediakan. Sekiranya ia diperlukan, bayaran tambahan akan dikenakan jika peralatan tersebut dapat disediakan oleh pihak penganjur.
- Sewaan tapak ( booth ) telah ditetapkan diborang penyertaan. Semua pembayaran hendaklah dibuat atas nama BADAN KEBAJIKAN PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI PERLIS ( BANK MUALAMAT – A/C NO: 09010001903718 ). Cek pembayaran hendaklah sampai bersama borang penyertaan kepada pihak penganjur pada atau sebelum 09 Jun 2007. Bayaran secara tunai adalah tidak digalakkan. Sebarang penarikan diri 2 minggu sebelum Pesta Buku Perlis dijalankan adalah tidak dibenarkan dan pihak penganjur tidak akan memulangkan bayaran yang telah dibuat.
- Penganjur akan menetapkan tapak ( booth ) melalui pengundian. Wakil- wakil syarikat akan dipanggil untuk mengundi pada tarikh yang akan diberitahu kemudian. Sekiranya wakil dari syarikat tidak dapat hadir pada tarikh tersebut, undian akan dijalankan oleh pihak penganjur.
- Penganjur akan menyediakan insuran untuk sebarang kecelakaan kepada barang-barang yang terdapat dalam dewan pameran sahaja.
- Syarikat buku yang akan menyertai Pesta Buku Perlis ini adalah diingatkan untuk memastikan tidak ada tajuk-tajuk buku atau bahan pameran yang dilarang oleh undang-undang Malaysia dipamerkan kepada awam.
- Waktu Operasi Pesta Buku Perlis ini ialah dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam pada setiap hari berlansungnya pesta ini. Syarikat yang terlibat tidak dibenarkan sama sekali menutup tapak ( booth ) lebih awal dari masa yang telah ditetapkan.
- Pihak Penganjur berhak untuk memberikan syarat-syarat baru jika diperlukan untuk memastikan keselamatan awam sepanjang pameran diadakan.
- Jadual perjalanan Pesta Buku Perlis, susunatur tapak ( booth ) dan segala yang berkaitan dengan kelansungan Pesta Buku Perlis akan diedarkan kepada semua syarikat yang telah menghantar borang berserta dengan bayaran 7 hari sebelum Pesta Buku Perlis dijalankan.
- Pihak Penganjur tidak akan menanggung tuntutan pampasan oleh syarikat yang terbabit dalam Pesta Buku Perlis ini jika pameran ditangguhkan atau dibatalkan disebabkan oleh banjir, kerosakan elektrik, huru hara atau apa sahaja gangguan di luar kawalan pihak penganjur.
Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perlis
Jalan Behor Pulai,
01000 Kangar, Perlis.
( u.p : En. Mohd Zailani b. Md Shah – 0124743529 )
( u.p : En. Abd Ghani b. Said – 0195954796 )
( u.p : Pn. Wan Noor Hafizan bt. Mohammad Zain – 0125863326 )
Tel : 04-9761703
Fax: 04-9767415
Email: zailani.pspnpls@moe.edu.my or mohdzailani@yahoo.com or abdghani.pspnpls@moe.edu.my