Kunjungan Hormat Persatuan Penerbit Buku Malaysia Ke Perbadanan Harta Intelek

Kunjungan ini diketuai oleh Encik Law King Hui, Presiden MABOPA, Tuan Haji Kamaluddin, Encik Kow Ching Chuan, Tuan Haji Sahari dan Puan Sabariah Abdullah pada 17 Febuari 2011 yang lalu di Pejabat Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Wisma UOA, Bangsar.

Persatuan Penerbit Buku Malaysia dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia telah sama-sama menerangkan peranan dan fungsi mereka kepada masyarakat. Melalui kunjungan ini, Presiden MABOPA berharap dapat menyampaikan kebimbangan dan hasrat penerbit-penerbit buku di Malaysia.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk mengadakan kempen kesedaran tentang hakcipta, latihan dan maklumat terkini yang boleh di sampaikan dan digunakan oleh ahli-ahli persatuan.

Copyright © 2024 Malaysian Book Publishers Association (PPM-002-10-14011969)