Seminar Bagaimana Menjana Pendapatan daripada Harta Intelek Anda

Tarikh : 26 April 2011
Masa : 9.00 pg – 1.00 tgh
Tempat: Bilik Johor/Kedah PWTC, Kuala Lumpur

Harta Intelek (Intellectual Properties; Ip) merupakan aset yang sangat berharga bagi sesebuah syarikat penerbitan. Namun masih ramai penerbit yang masih belum menyedari potensi sebenar IP mereka untuk menjana pendapatan dalam bentuk pelesenan hak subsidiari. Justeru, masih ramai lagi yang belum melakukan langkah-langkah sewajarnya bagi mendaftarkan IP syarikat mereka dengan pihak yang berkenaan. 

Menerusi seminar ini, peserta akan mengenal pasti nilai dan kepingan IP di syarikat mereka, cara-cara melindungi IP tersebut serta mengenal pasti potensi IP untuk menjana pendapatan bagi syarikat. Peserta juga akan didedahkan dengan insentif dan kemudahan yang disediakan kerajaan bagi mengeksport IP ke peringkat antarabangsa. Penekanan kepada IP sebagai salah satu penjana pendapatan syarikat ini bersesuaian dengan peningkatan kepentingan industri kreatif sebagai salah satu penyumbang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. (KDNK).

Copyright © 2024 Malaysian Book Publishers Association (PPM-002-10-14011969)