Anugerah Buku Malaysia Ke-2

Salam sejahtera.

Insya-Allah, MABOPA sekali lagi menganjurkan Anugerah Buku Malaysia untuk tahun ke-2, mulai 7hb Februari hingga 4 Jun 2022. Dijemput semua penerbit mencalonkan buku masing-masing untuk anugerah ini.

Buat kali kedua juga, e-Sentral menjadi rakan teknologi anugerah, di mana semua buku yang dicalonkan perlu dimuat naik “softcopy”nya ke platform yang disediakan khusus oleh e-Sentral.

Tarikh-tarikh penting:

  1. Tarikh buka pencalonan: 7 Februari 2022
  2. Tarikh tutup pencalonan: 22 Mac 2022
  3. Proses senarai pendek: 4-20 April 2022
  4. Proses penilaian akhir: 25 April – 29 Mei 2022

Buku-buku yang layak dicalonkan untuk #ABM2 ini hendaklah yang telah diterbitkan dari 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2021.

Kategori-kategori anugerah yang dipertandingkan dalam #ABM2:
https://anugerahbukumalaysia.com/kategori-anugerah/

Peraturan kelayakan #ABM2:
https://anugerahbukumalaysia.com/peraturan-kelayakan-anugerah-buku-malaysia/

Satu taklimat khas berserta demo oleh e-Sentral akan akan diadakan pada 15 Februari 2022 (Selasa), jam 2.30 petang pautan Zoom akan diberikan dalam masa terdekat.

Sila layari anugerahbukumalaysia.com untuk keterangan lanjut.

Download attachment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Copyright © 2024 Malaysian Book Publishers Association (PPM-002-10-14011969)