MABOPA Dialogue 1/2007 – SPBT 100%, Kesan dan Implikasi kepada Penerbit

Date: Oktober 9, 2007
Time: 10:00 am - 12:00 pm
Location: Holiday Villa, Subang Jaya, Selangor

Pada Jumaat, 28hb September 2007 pihak MABOPA dan MBA telah menganjurkan satu perbincangan tergempar mengenai isu Skim SPBT 100% dan kesannya kepada penerbit dan penjual buku. Melalui perbincangan ini, kita dapati bahawa penerbit buku akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang di bawah program Skim SPBT 100%.

Berdasarkan keputusan perbincangan MABOPA-MBA, jawatankuasa MABOPA mengambil keputusan untuk menganjurkan satu dialog bersama semua ahli MABOPA dengan kadar segera.

Butir-butir dialog seperti dibawah;

Tarikh : Selasa, 9hb October 2007.
Masa : 10 AM – 12 PM.
Tempat : Holiday Villa, Subang Jaya.
Agenda :
MABOPA akan menyentuh tajuk-tajuk berikut dalam dialog ini;

  • Perkembangan terbaru dalam isu Skim SPBT 100%
  • Perkembangan terbaru dalam isu buku kerja di sekolah
  • Kesan kepada bisnes penerbit – isu profitability dan sustainability.
  • Cadangan mengatasi kesan Skim SPBT 100%.
  • Dasar kerajaan, dan
  • memorandum MABOPA kepada Kerajaan.

Oleh kerana isu ini sangat penting kepada bisnes anda, kami mencadangkan pihak Tuan/Puan menghantar Managing director/Director/General manager/Sales manager atau Publishing manager ke dialog penting ini.

Copyright © 2024 Malaysian Book Publishers Association (PPM-002-10-14011969)