Berita

Malaysia dilantik sebagai Presiden kepada Asean Book Publisher Association (ABPA)

Ditulis pada 10.12.09 oleh Shaza

Pada 4 November 2009, Presiden MABOPA, Encik Law King Hui telah dilantik sebagai Presiden ASEAN Book Publishers Association (ABPA). Pelantikan ini dilakukan semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung ke-5 ABPA di Jakarta Convention Center, Jakarta, Indonesia.

Pada 4 November 2009, Presiden MABOPA, Encik Law King Hui telah dilantik sebagai Presiden ASEAN Book Publishers Association (ABPA). Pelantikan ini dilakukan semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung ke-5 ABPA di Jakarta Convention Center, Jakarta, Indonesia.

Encik Law mengambil alih jawatan Presiden ABPA daripada Atty. Domindor D. Buhain, Presiden Philippines Educational Publishers Association (PEPA) yang sudah tamat tempoh perkhidmatannya selama dua tahun seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan ABPA.  Sesuai dengan peruntukan perlembagaan ABPA itu juga, Encik Law akan menyandang jawatan Presiden ABPA sehingga 2011.  Jawatan Presiden ABPA ini dijangka disandang oleh Presiden Singapore Publishers Association (SPA) pada tahun 2011 nanti.

Di Mesyuarat Agung ke-5 ABPA itu juga , Encik Law telah membuat pelantikan Setiausaha Umum serta Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa ABPA untuk tempoh dua tahun sehingga 2011. Encik Arief Hakim Sani bin Rahmat yang kini menyandang jawatan Setiausaha Kehormat MABOPA telah dilantik sebagai Setiausaha Umum ABPA.  Beliau mengambil alih jawatan berkenaan daripada Atty. Rodelio T. Dascil dari Filipina.

Pihak MABOPA dengan besar hatinya mengalukan-alukan pelantikan Encik Law sebagai Presiden ABPA.  Pihak MABOPA turut menyatakan kesediaan untuk memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada kepemimpinan baru ABPA dalam usaha melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Encik Law dalam ucapan penerimaannya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan beliau kepada sumbangan yang telah diberikan oleh bekas presiden, Atty. Domindor D. Buhain kepada ABPA. Encik Law berhasrat untuk meneruskan usaha-usaha cemerlang Encik Buhain dan seterusnya memimpin ABPA ke peringkat yang lebih gemilang.

Maklum balas

ASEAN countries are playing very important role in asian region but I think ASEAN still failed to solve any big dispute in Asian region.html comment

By Lindalorry on 2010 09 21

This post is exactly what I am interested. we need some more good information. Please add more good information that would help others in such good way. It’s an interesting approach. I commonly see unexceptional views on the subject but yours it’s written in a pretty unusual fashion. Surely, I will revisit your website for additional info.
open source cms

By Hallaryclinton on 2010 09 21

Name:

Email:

URL:

Remember my personal information

Please enter the word you see in the image below: