Aktiviti

Petaling Jaya Book Expo (PJBX) dengan MBPJ @Dewan D’ Kelana

30.07.19 (9.00 pagi - 9.00 malam) di Dewan D'Kelana, Petaling Jaya, Selangor.

Kami menjemput tuan/puan untuk menyertai Petaling Jaya Book Expo 2019 (PJBX2019) yang dianjurkan bersama buat pertama kalinya oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA). Acara ini bakal diserikan dengan acara perasmian oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar, Datuk Bandar Petaling Jaya.

Objektif:-

1. Menarik minat serta menyemai budaya membaca kepada semua lapisan penduduk di seluruh Petaling Jaya.
2. Memberi peluang kepada ahli MABOPA untuk menampilkan buku-buku berkualiti kepada penduduk Petaling Jaya dengan promosi yang menarik.
3. Mengadakan pengisian acara dengan aktivti-aktiviti menarik buat murid-murid sekolah, kanak-kanak, para pelajar universiti, golongan dewasa, serta warga emas melalui persembahan dialog, seminar, perbincangan, aktiviti pembelajaran dan sebagainya yang dijalankan di pentas utama PJBX dan kawasan sekitar lokasi PJBX 2019 selaras dengan aspirasi Petaling Jaya yang baru sahaja dianugerahkan UNESCO Learning City Award 2019.

Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti promosi yang akan kami jalankan tidak lama lagi:-

1. Iklan di lebih 30 ‘digital billboard’ sekitar Petaling Jaya
2. ‘Banner’ di setiap 24 kawasan Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya
3. ‘Bunting’ di sekitar kawasan Dewan D’Kelana
4. ‘Digital screen’ di semua PJ City Bus (perkhidmatan bas percuma untuk warga Petaling Jaya)
5. ‘Bookmark’ untuk setiap pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah di Petaling Jaya
6. ‘Push technology notification’ pada semua ‘apps’ MBPJ
7. Iklan di semua media sosial kendalian MABOPA dan MBPJ


Penerbit yang mengambil bahagian boleh menggunakan pentas utama secara percuma untuk acara-acara ‘meet & greet’ bersama penulis, selebriti, pelancaran buku, forum/diskusi dan apa juga aktiviti yang bersesuaian. Jumlah slot yang boleh diberi secara percuma bergantung kepada jumlah ‘pallet’ atau ‘meja’ yang digunakan.


Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi En. Izzat Amir di nombor 016-6611752.