Aktiviti

Pesta Buku Utara, UUM

22.03.15 (9.oo pagi - 7.00 petang) di Foyer, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM

PENGENALAN

Pesta Buku Utara merupakan acara tahunan di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah diadakan sejak
tahun 2011. Pesta buku ini juga mendapat sokongan dan kerjasama daripada Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia
(MAPIM) Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA).

Objektif utama Pesta Buku Utara 2015 adalah untuk memantapkan minat dan budaya membaca di kalangan
masyarakat kampus UUM dan masyarakat kawasan utara. Beberapa acara sampingan turut akan diadakan
melibatkan masyarakat kampus dan pelajar sekolah seperti wacana buku, pelancaran buku, dan bengkel penulisan.

Sasaran pengunjung utama adalah warga kampus UUM yang terdiri daripada 30,000 orang pelajar dan 2,000 orang kakitangan. Selain itu, sasaran pengunjung juga terdiri daripada para pelajar sekolah, maktab, institusi pendidikan, perpustakaan dan masyarakat persekitaran Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.