News

Majlis Pengundian Tapak Gerai Pameran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Ke-32

Posted on 27.02.13 by Irdahwati Md Jani

Majlis Pengundian Tapak Gerai Pameran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke-32 telah berlangsung semalam 26 Februari 2013.  Ia telah dipengerusikan oleh Tuan Ishak Hamzah, Timbalan Presiden MABOPA dengan dihadiri oleh Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Encik Abdul Wahab Ibrahim.

Di dalam ucapan Pengarah MBKM, beliau memaklumkan permintaan tapak gerai melebihi jumlah yang ditawarkan. Lebih 700 buah gerai akan dibuka semasa PBAKL 2013 pada 26 April - 5 Mei 2013 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC nanti.

Tabloid PBAKL 2013 juga akan diterbitkan sebagai promosi. 100,000 naskah akan diedarkan di sekolah-sekolah, IPTA dan IPTS di Lembah Kelang, kementerian-kementerian dan juga semasa PBAKL 2013. Sesiapa yang berminat untuk meiklankan promosi bahan/advertoril/katalog, boleh hubungi pegawai MBKM yang bertugas, Puan Adibah Omar di emel .(JavaScript must be enabled to view this email address) atau melalui talian 03-8321 7002.

Download file

Comments

Name:

Email:

URL:

Remember my personal information

Please enter the word you see in the image below: