Articles

Kedua-dua Pameran Buku dan Fungsi Antarabangsa

Posted on 03.09.07

Secara keseluruhannya, intipati kedua-dua pameran buku ini nampaknya tidak secocok dengan namanya. Pameran yang bergelar pameran antarabangsa tidak cukup piawai antarabangsanya; yang menganjurkan pameran luar negara pula, penerbit luar negara yang berwibawa tidak hadir, sehinggakan kita terpaksa bertanya di manakah wujudnya penukaran fikiran antarabangsa? Apa yang dikesali ialah penyertaan penerbit-penerbit bahasa Cina tempatan dalam kedua-dua pameran buku ini amat tidak menggalakkan.  Mereka sesungguhnya kehilangan peluang bertindak secara proaktif. Akhirnya pasaran buku-buku bahasa Cina tempatan terpaksa menantikan penerokaan oleh ejen-ejen buku. Oleh Johnny Seah

Oleh Johnny Seah

Kita sering mendengar slogan yang berbunyi: ‘Bertapak di Malaysia, Melangkah ke Seluruh Dunia’. Ahli politik acapkali berseru demikian, begitu juga dengan tokoh usahawan. Termaklum daripada slogan ini, kita sedar bahawa sesungguhnya kita tidak dapat menyisihkan diri daripada arus globalisasi. Malaysia dijadikan sebagai tapak, dunia pula gelanggang yang kita tujui. Walaupun kedua-duanya nampak terpisah, tetapi sebenarnya ia merupakan tindakan berpadu yang berhubung kait, cuma berbeza dari segi susulannya.

Pada awal pertengahan tahun ini, dua pameran buku yang penting dianjurkan di Kuala Lumpur. Yang pertama ialah Kuala Lumpur International Book Fair, KLIBF yang ke-26, satu lagi ialah BookFest @ Malaysia yang ke-2. KLIBF merupakan pameran buku berstatus kebangsaan, manakala BookFest @ Malaysia merupakan pameran buku yang terkemuka di negara kita di mana banyak rekod baru pameran buku di Malaysia dilaporkan telah dicipta.

Kita patut mempertalikan kedua-dua pameran buku itu dengan slogan di atas, agar meneliti sejauh manakah kita telah merealisasikan impian yang tersurat dan tersirat dalam slogan itu.

KLIBF yang diadakan pada hujung bulan April dianjurkan bersama oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Malaysia Book Industry Council. Pameran buku ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) setiap tahun. Melalui tinjauan dan pantauan saya beberapa tahun kebelakangan ini, didapati bahawa pameran buku ini masih mengekalkan corak dan model pemikiran lama dari aspek penyertaan sehingga ke perancangan pameran.

Pameran yang dikelola oleh pihak kerajaan memperlihatkan hala tuju dasar negara terhadap perkembangan industri berkenaan. Ia juga boleh dilihat sebagai hasil sesuatu perusahaan ataupun usaha komersial untuk mempromosikan produk. Pameran merupakan satu-satunya aktiviti yang tidak kurang pentingnya dalam dunia perniagaan mana-mana ekonomi moden. Pameran buku, khususnya yang dianjurkan oleh pihak kerajaan sepatutnya menggabungkan fungsi perdagangan dan kebudayaan. Pengusaha buku biasanya mementingkan fungsi pertama, manakala kerajaan lebih berfokus pada fungsi yang kedua. Oleh yang demikian,  kerjasama erat antara kedua-dua pihak itu amat penting dalam menjayakan KLIBF.

KLIBF pada tahun ini masih mengekalkan pendekatan lama yang mengutamakan penerbitan tempatan. Walaupun ia bergelar pameran buku antarabangsa, namun pada hakikatnya hanya terdapat lebih kurang 10 buah pengedar buku yang memainkan ‘peranan antarabangsa’ di setempat.  Penerbit-penerbit antarabangsa mahupun pihak penganjur sendiri kurang menunjukkan keikhlasannya dalam hubungan ini. Sekiranya dipertikaikan siapa yang bertanggungjawab, keupayaan pihak penganjur nescaya dijadikan soal.

Walaupun penganjuran pameran buku antarabangsa di serata dunia tiada corak atau model yang tetap, namun banyak yang boleh diteladan, misalnya pameran buku di Frankfurt, Bologna, Singapura, Taipei, Beijing dan sebagainya. Pihak penganjur temasya buku berkenaan sentiasa bertungkus lumus ‘memikat’ penyertaan penerbit luar negara ke negara mereka untuk berinteraksi, di samping berusaha menjadikan pameran buku masing-masing sebagai temasya kunjungan tahunan penting bagi penerbit antarabangsa. Jikalau potensi perniagaan cukup merangsangkan, maka pameran buku itu boleh ditingkatkan taraf sebagai pasaran untuk memperniagakan hak cipta atau penerbitan.

KLIBF tidak memperlihatkan ciri-ciri antarabangsa yang memuaskan mungkin disebabkan kesempitan pemikiran kita. Kita sendiri mengehadkan pasaran buku negara kita sebagai ‘pasaran berorientasi import’ atau ‘pasaran jenis sara diri’. Negara ketiga mengimport buku-buku bahasa Inggeris untuk memenuhi keperluan rakyat mereka. Manakala, pasaran jenis sara diri seperti Amerika Syarikat jarang mengimport hak cipta atau bahan-bahan bacaan dari luar negara.

Walaupun kebarangkalian para penerbit antrabangsa menghadirkan diri dalam KLIBF mungkin rendah, namun pihak penganjur masih boleh mengadakan pameran berdewan yang bertema ataupun mewujudkan dewan pameran negara undangan khas, serta menganjurkan forum khas untuk meningkatkan lagi taraf KLIBF. Sekiranya KLIBF tidak meletakkan pembangunan dan masa depan industri penerbitan tempatan sebagai agenda utamanya, maka pameran buku ini hanya akan menjadi tapak pertunjukan semata-mata. Kita perlu faham, interaksi yang kerap di antara penerbit antarabangsa dan penerbit tempatan sahaja dapat memberi kekuatan dan perangsang kepada aktiviti pembacaan dan pasaran penerbitan tempatan.

Penyertaan penerbit-penerbit tempatan utama dalam pameran buku yang dianggap bertaraf kebangsaan dan antarabangsa boleh dijadikan kayu pengukur yang penting. Penerbit-penerbit boleh menunjukkan kelebihan masing-masing dalam penerbitan dengan melancarkan buku-buku baru dan terbitan agung sempena pameran buku. Akan tetapi aktiviti-aktiviti seumpama ini amat tidak ketara dalam KLIBF. Kita seakan-akan gagal menemui sebuah buku yang hangat diperkatakan dalam KLIBF dijadikan topik perbincangan. Maka kita kehilangan fokus yang sepatutnya ada di tapak pameran.

Namun begitu, penerbit-penerbit bahasa Malaysia telah pun mencuba sedaya upaya memaparkan prestasi yang terbaik. Antaranya,  Kumpulan Karangkraf telah memenuhi salah sebuah dewan dengan mempamerkan segala terbitannya dalam usaha memperkasakan empayar penerbitannya.  Kita amat mengharapkan perkembangan lebih pesat syarikat tersebut pada masa akan datang.

Meskipun kita boleh melupakan saja pertimbangan antarabangsa, KLIBF masih dianggap tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik untuk memajukan industri penerbitan tempatan. Hanya buku-buku bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan sebilangan buku bahasa Arab yang kelihatan dalam pameran buku tersebut. Terbitan bahasa lain pula seolah-olah tidak hadir sama sekali.

Pada pendapat saya, fenomena ini berlaku kalau bukan kerana penonjolan dasar dan mentaliti budaya bercorak tunggal menjadi puncanya, maka pelepasan peluang dan meminggir diri dalam kalangan para penerbit bahasa lain adalah penyebabnya. Menteri Penerangan menyesal kerana 90% pengunjung pameran tersebut merupakan orang Melayu. Pada pendapat saya, kedua-dua faktor yang tersebut berkait rapat dengan kedinginan sambutannya. Dilema seumpama ini tidak akan terjadi sekiranya pihak penganjur dapat membuat pertimbangan secara menyeluruh dan sempurna.  Malangnya, perkembangan industri pernerbitan tempatan pada keseluruhannya adalah tidak sihat. 

Mengimbas kembali kejayaan tahun lepas, pengelola utama ‘BookFest @ Malaysia 2006’, Popular Book Co. (M) Sdn.Bhd. telah mengecapi kejayaan yang cemerlang. Hasrat dan objektif setahun kemudian sekali lagi membuktikan kecemerlangannya di arena penerbitan. Majlis meriah buku ini yang menonjolkan kehebatannya dalam penerbitan buku bahasa Cina di luar negara mudah melahirkan tanggapan yang salah dalam kalangan orang ramai bahawa ia merupakan satu-satunya aktiviti yang berpadu perusahaan dan kebudayaan.

Mengapakah ia diperkatakan suatu tanggapan yang salah?

Untuk menjayakan pameran buku ini, Popular Book Co. (M) Sdn. Bhd. telah mengatur stafnya ke Negara China, Hong Kong dan Taiwan untuk mencari penerbit-penerbit yang berminat menyertai pameran tersebut. Dalam perkara ini, Popular Book Co.(M) Sdn. Bhd. nampaknya jauh lebih agresif berbanding dengan KLIBF. Akan tetapi, Popular Book Co.(M) Sdn. Bhd. memilih pendekatan mudah dengan menguruskan sepenuhnya urus niaga gerai-gerai buku luar negara. Oleh itu, walaupun banyak penulis luar negara muncul di tapak pameran, ia tetap memberi gambaran bahawa pameran itu hanya merupakan sebuah lagi kedai buku Popular Book Co. (M) Sdn. Bhd. secara besar-besaran sahaja.

Dalam pameran buku ini, syarikat penerbitan luar negara bagaikan ‘lenyap’. ‘Lenyap’ maka tidak mungkin ada dialog antara penerbit dengan pembaca secara mikro. ‘Lenyap’ kerana tiada arus komunikasi antara industri buku dengan kebudayaan secara makro. Tiada interaksi maka tidak berpeluang membuahkan apa-apa peningkatan.

Persoalannya, mengapakah berlakunya senario sedemikian? Kita hanya boleh menyimpulkan bahawa ia memang bukan tujuan asal Popular Book Co. (M) Sdn. Bhd. mengadakan pameran buku ini.

Perkara ini amat menghairankan. Pameran buku yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, penerbitan biasanya tidak begitu mementingkan objektif pembangunan industri penerbitan. (Pihak kerajaan melancar kempen membaca atau menyeru orang awam membaca, kerapkali hanya berhenti dengan membuat seruan dan tidak benar-benar mengambil tindakan berkesan). Oleh itu, kita sering berharap para warga industri buku dapat mengambil inisiatif sendiri menganjurkan pameran buku yang berskil makro. Walaupun, BookFest@ Malaysia 2007 telah mencatatkan pelbagai rekod agung, akan tetapi, kita harus mempertimbangkan sama ada ia benar-benar mencapai matlamat pameran buku secara mendalam? Betapa besarkah impaknya terhadap pembangunan industri buku? Kita amat meragui.

Secara keseluruhannya, intipati kedua-dua pameran buku ini nampaknya tidak secocok dengan namanya. Pameran yang bergelar pameran antarabangsa tidak cukup piawai antarabangsanya; yang menganjurkan pameran luar negara pula, penerbit luar negara yang berwibawa tidak hadir, sehinggakan kita terpaksa bertanya di manakah wujudnya penukaran fikiran antarabangsa? Apa yang dikesali ialah penyertaan penerbit-penerbit bahasa Cina tempatan dalam kedua-dua pameran buku ini amat tidak menggalakkan.  Mereka sesungguhnya kehilangan peluang bertindak secara proaktif. Akhirnya pasaran buku-buku bahasa Cina tempatan terpaksa menantikan penerokaan oleh ejen-ejen buku.

Kejayaan pameran buku tidak sepenuhnya dapat mencerminkan prestasi sesebuah industri buku. Ternyata sekali pencapaian industri penerbitan kita bukan saja kurang menceriakan bahkan juga mendukacitakan. Sama ada penerbit-penerbit menyertai pameran buku atau tidak, kita masih boleh membuat kesimpulan sendiri tentang prestasi industri buku kita melalui pameran buku.


(Artikel asal dalam bahasa Cina disiarkan di http://johnnyseah.blogspot.com pada 17 Julai 2007. Terjemahan di atas telah mendapat kelulusan dan pemurnian penulis. Beliau boleh dihubungi melalui telefon bimbit 019-2861503)

Comments

This post has been extremely insightful and useful to increase my knowledge in the field of knowledge and its many facets. Thank you very much, I will certainly come back to visit often and definitely tell some of my internet-inclined friends to visit this site.
chicago web design

By KarenG on 2011 02 03

Name:

Email:

URL:

Remember my personal information