Articles

Halatuju Industri Buku Dalam Membina Negara Maju - Perspektif Penerbit

Posted on 23.04.07

Baru-baru ini, suasana industri buku tanah air mengalami gelombang perkembangan yang amat menggalakkan. Detiknya bermula dengan langkah Kerajaan mengisytiharkan agenda untuk meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi; meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Inilah dua agenda teras yang diketengahkan di antara lima teras utama RMK9.

HALA TUJU INDUSTRI BUKU DALAM MEMBINA NEGARA MAJU – PERSPEKTIF PENERBIT
oleh Law King Hui,
Pengerusi,
Majlis Industri Buku Negara

Baru-baru ini, suasana industri buku tanah air mengalami gelombang perkembangan yang amat menggalakkan. Detiknya bermula dengan langkah Kerajaan mengisytiharkan agenda untuk meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi; meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Inilah dua agenda teras yang diketengahkan di antara lima teras utama RMK9.

Dalam usaha mencapai cita-cita menjadi negara maju menjelang 2020, kita memerlukan modal insan berkualiti yang mempunyai minda kelas pertama. Dan untuk memupuk minda kelas pertama dalam kalangan modal insan pula, kita memerlukan sokongan industri buku yang hebat. Hal ini penting sekali disedari kerana bukulah yang merupakan sumber utama kepada santapan minda insan yang seterusnya memungkinkan kita memperoleh dan menjana ilmu baru dan teknologi terkini.

Untuk memastikan perkembangan industri buku bergerak dengan lebih pantas, Jawatankuasa Penggerak Dasar Buku Negara yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Pelajaran dan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah ditubuhkan. Penubuhan jawatankuasa ini bertujuan memberikan tumpuan yang lebih terfokus kepada pelbagai aspek, antaranya termasuklah meningkatkan judul buku tempatan dan menggalakkan minat membaca. Supaya tujuan yang digariskan itu tercapai, lima Jawatankuasa Kerja telah diwujudkan, iaitu:

A.Jawatankuasa Kerja Pembentukan Dasar, Akta, Organisasi, dan Amalan Profesionalisme
B.Jawatankuasa Kerja Pembangunan Modal Insan Industri Penerbitan dan Perbukuan
C.Jawatankuasa Kerja Penggalakan Minat Membaca dan Pembangunan Perpustakaan Komuniti
D.Jawatankuasa Kerja Promosi, Penjenamaan, Pengiktirafan, dan Pemasaran
E.Jawatankuasa Kerja Pembangunan Penggalakan Industri Penterjemahan

Sejajar dengan penubuhan jawatan-jawatan kuasa kerja tersebut, beberapa langkah yang dijangka memberikan kesan langsung kepada industri buku tempatan telah pun diambil. Antaranya termasuklah pelancaran Kempen Membaca Kebangsaan yang akan dilaksanakan secara lebih meluas sepanjang tahun dan keputusan mengembangkan Perpustakaan Desa/Komuniti dengan peruntukan sebanyak RM32 juta untuk pembelian buku terbitan tempatan yang baru diisytiharkan oleh Perpustakaan Negara. Tidak lama sebelum ini pula, Kementerian Pelajaran melalui Bahagian Teknologi Pendidikan telah membeli buku-buku bernilai RM22 juta untuk pusat sumber sekolah daripada pengusaha-pengusaha industri buku tempatan.
Pada umumnya, perbelanjaan sedemikian merupakan antara langkah-langkah yang paling efektif untuk mengembangkan industri buku tempatan. Tanpa pembelian tersebut oleh Kerajaan, jualan terbitan tempatan sememangnya tidak menggalakkan, malah ada di antara judul-judul berkenaan yang jualannya hanya berjumlah 1000 naskhah sahaja. Hal ini tidak memungkinkan wujudnya aktiviti penerbitan yang aktif kerana tanpa economies of scale, kos penerbitan dan seterusnya harga buku akan turut menjadi tinggi. Harga yang tinggi ini kemudiannya akan mengakibatkan jualan buku-buku tersebut terjejas, dan dalam vicious circle ini, perkembangan industri buku negara akan berpusing-pusing tanpa dapat bergerak ke depan.

Dengan adanya dasar-dasar baru yang menggalakkan ini, pengusaha industri buku hendaklah bersedia memberikan sokongan sepenuhnya dengan tahap komitmen yang semaksimum mungkin. Para pengusaha perlu juga mengatur langkah yang seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat pembaca. Lantaran itu, para pengusaha tidak harus mementingkan keuntungan saja sehingga melupakan tanggungjawab sosial yang sepatutnya dipikul bersama. Para pengusaha industri buku harus meningkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing, baik dari segi kualiti penerbitan dan percetakan mahupun dari segi penyampaian.

Dalam pada itu, harga buku harus juga diletakkan pada kadar yang mampu dibeli agar dapat dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat. Seterusnya, keuntungan daripada hasil jualan haruslah dilaburkan semula dalam program penerbitan yang berikutnya untuk memastikan pertumbuhan syarikat yang sentiasa berdaya tahan (sustainable). Kegiatan ini kelak akan dapat juga menjamin dan meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pengguna hasil daripada pembacaan pelbagai genre bahan bacaan yang lebih banyak. Dengan demikian, harapan Y.B. Dato’ Sri Hishamuddin Tun Hussein supaya negara kita mencapai sasaran 25,000 judul terbitan baru setahun akan dapat dicapai.

Sebagai langkah jangka panjang, diharapkan Kerajaan dapat memastikan bahawa peruntukan untuk pembelian buku ini bukan saja diteruskan dan dikekalkan tetapi juga diberi keutamaan dan malah ditambahkan tahun demi tahun. Langkah ini akan dapat memberikan keyakinan kepada para pengusaha buku tempatan untuk terus melabur secara besar-besaran dalam program penerbitan mereka, lantas memesatkan perkembangan industri buku negara. Untuk sebab ini juga, Kerajaan harus memberikan kontrak-kontrak pembelian buku kepada para pengusaha buku yang berwibawa saja.

Para pengusaha pula mesti meningkatkan keupayaan masing-masing dari segi penerbitan dan juga tahap profesionalisme dari segi pengurusan. Hal ini harus bergerak seiring sejajar dengan tanggungjawab yang semakin besar dan semakin berat. Akhir sekali, para pengusaha industri buku tempatan mesti mempunyai minda kelas pertama sebelum industri buku negara dapat berkembang pesat seperti yang dikehendaki bersama dengan Kerajaan.

Comments

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada MABOPA di atas peranan yang dimainkan di dalam mengembangkan industri buku dan bahan bacaan di Malaysia dan saya sangat bersetuju dengan kenyataan yang di buat oleh Yang Berbahagia Tuan Pengerusi. Sebagai seorang yang sangat baru di dalam dunia penulisan, saya ingin memberi pendapat berkenaan dengan proses penerbitan buku2 ilmiah di negara kita. Pada pendapat saya, di dalam kita berusaha meningkatkan minat pembacaan di kalangan masyarakat kita, kita perlu juga memantau isi kandungan bahan bacaan supaya ianya tidak di dorong oleh matlamat peniagaan dan keuntungan semata-mata. Banyak bahan bacaan yang diterbitkan tidak berkualiti dari aspek mendidik sebaliknya lebih kepada unsur-unsur hiburan yang keterlaluan dan tahyul. Buku ilmiah seperti buku-buku perubatan/kesihatan tidak mencukupi dan saya sangat sedih apabila mendapati buku-buku kesihatan yang berbahasa Melayu sangat sedikit. Walaupun ada buku-buku yang seumpama itu diterbitkan tetapi kualitinya sangat menyedihkan, banyak maklumat yang tidak tepat dan sangat “superficial”. Buku2 tersebut diterbitkan dan dijual untuk tujuan perniagaan semata-mata dan cuma indah di muka kulit depan dan belakang sahaja.  Berbalik kepada pengalaman saya sendiri yang sedang mencuba untuk menulis buku kesihatan di dalam bahasa melayu, saya dapati proses penerbitan buku memakan masa terlalu lama sehingga 8-12 bulan. Adakah ini disebabkan oleh kurangnya kakitangan ataupun terlalu banyak “red tape” ataupun birokrasi. Saya berharap supaya MABOPA melihat masalah ini sebagai masalah semua kerana fakta-fakta kesihatan khususnya boleh berubah-ubah dalam masa yang singkat dan perlu dipinda. Saya percaya jika masalah ini dapat di atasi, kita akan dapat melihat lebih ramai penulis-penulis yang tampil dan menghasilkan buku-buku kesihatan untuk manafaat pembaca-pembaca di negara kita. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan terakhir tuan pengerusi bahawa pengusaha industri buku tempatan mesti mempunyai minda kelas pertama dan mempunyai profesionalisma yang tinggi. Semuga satu hari nanti kita akan dapat melihat masyarakat kita akan membaca bukan hanya untuk berhibur dan berkhayal tetapi untuk meningkatkan ilmu dan memajukan diri mereka. Terima kasih.

By Dr.Mohd Rushdan Md Noor on 2007 07 27

Oh! Perfect job!
Very interesting and actual post.
I add your interesting blog in my Netvibes page!

By Tracy K on 2008 05 09

I really think that books should be priced minimal nowadays as there are a need for people to start reading more often again and not just rely on the net for all their needs. Karen of ppc management company consultancy.

By KarenG on 2010 10 30

Interesting read and I do agree with KarenG’s comment on this issue.  I am also against the increasing prices of books.  More and more people resort to the net instead of reading hard copies.
Regards,
Andrew of vent air filters office.

By Andrew75 on 2011 02 17

I tried to translate this page through google but google couldn’t do it. May i know what is this language. Is this malaysian language.
Regards
Edwards]http://hubshout.com/”]Edwards J.[/url]

By Edward J. on 2011 05 20

Hi, i really liked this article. Thanx for sharing.

By Alex on 2011 06 27

Hi, i really liked the topiic but can u translate it in english.

By Alex on 2011 06 27

hi, i try to translate the lANGUAGE but i failed… so,plzzz translate it in english.
Creative Scripters

By Alex on 2011 06 27

I am going for the same best work from you in the future as well. In fact your fanciful writing abilities has prompted me to start my own blog now.
hopkins vs dawson | dawson vs hopkins | hopkins vs dawson live streaming

By Analyn Secuco on 2011 08 03

Name:

Email:

URL:

Remember my personal information