Activities

MABOPA Dialogue 1/2007 - SPBT 100%, Kesan dan Implikasi kepada Penerbit.

09.10.07 (10 AM - 12 PM) at Holiday Villa, Subang Jaya, Selangor.

Pada Jumaat, 28hb September 2007 pihak MABOPA dan MBA telah menganjurkan satu perbincangan tergempar mengenai isu Skim SPBT 100% dan kesannya kepada penerbit dan penjual buku. Melalui perbincangan ini, kita dapati bahawa penerbit buku akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang di bawah program Skim SPBT 100%.

Berdasarkan keputusan perbincangan MABOPA-MBA, jawatankuasa MABOPA mengambil keputusan untuk menganjurkan satu dialog bersama semua ahli MABOPA dengan kadar segera.

Butir-butir dialog seperti dibawah;

Tarikh : Selasa, 9hb October 2007.
Masa : 10 AM - 12 PM.
Tempat : Holiday Villa, Subang Jaya.
Agenda : MABOPA akan menyentuh tajuk-tajuk berikut dalam dialog ini;
Perkembangan terbaru dalam isu Skim SPBT 100%
Perkembangan terbaru dalam isu buku kerja di sekolah
Kesan kepada bisnes penerbit - isu profitability dan sustainability.
Cadangan mengatasi kesan Skim SPBT 100%.
Dasar kerajaan, dan
memorandum MABOPA kepada Kerajaan.

Oleh kerana isu ini sangat penting kepada bisnes anda, kami mencadangkan pihak Tuan/Puan menghantar Managing director/Director/General manager/Sales manager atau Publishing manager ke dialog penting ini.