News

Jemputan mesyuarat membincangkan penyertaan dalam Bologna Children’s Book Fair 2008

Posted on 07.11.07 by Arief Hakim, Setiausaha MABOPA

Kepada semua ahli MABOPA yang berminat untuk menyertai Bologna Children’s Book Fair 2008, anda dijemput menghadiri mesyuarat seperti dalam surat dibawah.

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan,

 

BOLOGNA CHILDREN’S BOOK FAIR 2008 – 31 MAC HINGGA 3 APRIL 2008

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Bologna Children’s Book Fair 2008 akan berlangsung dari 31 Mac hingga 3 April 2008 di Bologna, Italy.

3. Sehubungan itu, pihak MBKM menjemput Y.Bhg. Dato’/Datuk/Datin/tuan untuk hadir di perjumpaan yang akan diadakan seperti butiran yang berikut:

Tarikh : 15 NOVEMBER 2007 (Khamis)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Melaka,

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), K.Lumpur.

4. Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan penglibatan Malaysia di pesta buku ini dan juga pesta buku antarabangsa yang lain.

5. Sila maklumkan kehadiran di talian 03-8884 7016 atau smazlin@mbk.moe.gov.my.

Kerjasama yang diberikan oleh pihak Y.Bhg. Dato’/Datuk/Datin/tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

MEMBACA JAMBATAN ILMU

Saya, yang menjalankan tugas,

 

(SITI MAZLIN ABDUL RAHMAN)

b.p. Pengarah

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia

Download file

Comments

Name:

Email:

URL:

Remember my personal information

Please enter the word you see in the image below: